KELAS. JAHITAN. PRO.
ADAKAH Anda Berminat Mendalam Dalam Seni JAHITAN?
Dan INGIN MAJU DALAM BISNES JAHITAN?...
ADAKAH ANDA...
Minat MENJAHIT.. Tapi Tak Tahu Nak Belajar Dengan Siapa...
Minat MENJAHIT.. Tapi Jauh Je Tempat Nak Belajar...
Minat MENJAHIT.. Tapi Tak Pandai La BERNIAGA...
Minat MENJAHIT.. Tapi Tak KONFIDEN La...
Minat MENJAHIT.. Dan Dah Tak Sabar Nak JOIN BENGKEL SUPER TAILOR...
SEJAK 2010 Lagi, SUPERTAILOR MENJADI PILIHAN
4 SEBAB UTAMA Mengapa Anda Juga MEMILIH SUPERTAILOR!!

Lebih 100 Testimoni
SUPERTAILOR Mengadakan Lebih 50 Kursus Setiap Tahun dengan Pelbagai Testimoni KEJAYAAN!!

Lebih 1000 Alumni
Lebih 1000 Alumni SUPERTAILOR Telah BERJAYA dalam Perniagaan JAHITAN!!

Lebih 10 Lokasi Negeri
SUPERTAILOR Menjelajah Ke Setiap Negeri Berdekatan Anda. KEJAR SEKARANG!!

1001 Bimbingan
Bimbingan, Latihan dan SUPPORT Berterusan Diberikan. DAPATKAN SEKARANG!!
Tapi... SUPER TAILOR AJAR APA YA?
SERIUS NAK TAHU?
NANTI.. JOM KENAL PAKAR SUPER TAILOR!
Memperkenalkan Cikgu Yang Tidak Asing Lagi Di Kalangan Tukang Jahit Profesional. Beliau Telah membantu Lebih 1000 'TAILORIAN' OTAI dalam BIDANG JAHITAN.
Cikgu Awie Manik...
Noraini Yaacob atau lebih dikenali sebagai Awie Manik dilahirkan pada tanggal 22 April 1977. Beliau adalah anak kelahiran Kedah dan merupakan anak ke dua dari 7 orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Telok Kecai dan Sekolah Menengah Tun Sharifah Rodziah. Minat yang mendalam di dalam bidang jahitan membuatkan beliau berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 untuk mempelajari ilmu dalam bidang jahitan di Dian Training Centre.

Sejurus selepas tamat kursus beliau bekerja sebagai tukang jahit di Batik Sutera, Jalan Raja Laut. Beliau kemudian dilantik sebagai pereka pakaian di Gaya Warisan Jahitan. Tugas di butik ini bukan hanya sebagai pereka tetapi sebagai tukang jahit, menganjurkan pameran, pertunjukan fesyen dan menguruskan urusan perniagaan. Di sinilah beliau mula mengetahui selok belok berkenaan perniagaan dunia jahitan. Pelanggan yang datang dari seluruh dunia dan menjahit pakaian artis seperti Siti Nurhaliza, Rohana Jalil, Arni Nazira, Sheila Rusly dan ramai lagi menajamkan lagi kemahiran dalam bidang ini.

Beliau kemudian memberanikan diri membuka butik sendiri iaitu Butik Awie dan perniagaan berjalan dengan lancar. Kemudian beliau berpindah ke Pulau Pinang dan seterusnya ke Alor Setar, Kedah.

Walaupun perniagaan yang dijalankan agak maju, pendapatan yang diperolehi tidak menentu akibat strategi dan pengurusan perniagaan yang lemah. Secara purata beliau hanya mampu memperoleh sekitar RM800 sebulan. Pendapatan ini tidak mencukupi untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat.

Kekusutan di dalam kerjaya dan ekonomi akhirnya terungkai pada tahun 2013. Beliau telah mendaftarkan diri untuk kursus IMEJ & PENJENAMAAN anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Kedah. Kursus selama dua hari ini dikendalikan oleh Hafiz Mustapha.

Selepas menyertai kursus tersebut, Noraini telah mendapat idea didalam laluan kerjayanya. Beliau mula mempraktikkan teknik dan tips yang telah dipelajari. Strategi telah disusun dan langkah diatur. Pewujudan pelan pemasaran, kewangan dan penjenamaan dicorak. Tempahan jahitan masih menjadi cabang rezeki dan dalam masa yang sama beliau mula memperkenalkan kursus jahitan anjuran beliau sendiri.

Niat untuk membantu telah diterjemahkan kepada kerjasama bersama sifunya iaitu Hafiz Mustapha. Kelas SUPER TAILOR telah dilahirkan. Kelas Super Tailor yang pertama telah diadakan di CuteCarry Academy, Seri Kembangan. Kelas ini telah mendapat sambutan yang hangat dan ia dilaksanakan setiap bulan di seluruh negeri.
Coach Hafiz Mustapha...
Hafiz Mustapha adalah seorang penceramah, perunding imej, penulis, blogger fesyen dan pengasas / pemilik CuteCarry Sdn Bhd dan pemilik blog dengan domain Cutecarry.com & Cutecarry.cc. Berbelas ribu peserta telah mengikuti kursus dibawah kendalian beliau.

Kepakaran beliau adalah di dalam bidang IMEJ ABC- Appearance. Behaviour, Communication, Protokol & Etika, motivasi, 5s. daya tarikan (law of attraction), pengendalian majlis dan pelbagai bidang-bidang berkaitan.

Kini beliau menjawat jawatan sebagai Naib Presiden Federation of Image Professionals International (FIPI) Malaysia. Setelah berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan, beliau mengikuti jurusan Komunikasi Media yang memberi tumpuan kepada media dan imej di Kolej Ripa London, United Kingdom. Beberapa tahun di dalam perhubungan awam, beliau dilantik sebagai Ketua Komunikasi Korporat di dalam sebuah agensi tempatan. Skop kerja adalah termasuk hubungan media, sektor korporat dan awam, pengurusan acara /majlis peringkat agensi sehingga kebangsaan dan lain-lain bidang yang berkaitan. Pada tahun 2007, beliau dianugerahkan Ahli Mangku Pahang (AMP) oleh Sultan Pahang.

Pengalaman beliau dalam perundingan imej juga membolehkan beliau dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai Panel untuk Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi Perunding Imej, Kementerian Sumber Manusia. Pasukan ini adalah untuk membangunkan satu garis panduan dalam standard pendidikan, latihan dan pensijilan bagi perunding imej di Malaysia.

Hafiz Mustapha juga seorang penulis untuk beberapa penerbitan. Personalitinya yang ceria, bergaya dengan pengetahuan meluas dalam bidang imej, protokol dan etika menarik minat media dan telah diketengahkan di dalam The Star, Berita Harian, Kosmo, Majalah EH, New Straits Times, Trend, Mingguan Wanita, Majalah Jelita, The Sun dan juga tetamu di TV3 Wanita Hari ini, TV1 Selamat Pagi Malaysia, Hello On Two, TV9 Nasi Lemak Kopi O dan juga TV9 Hip TV (sebagai polis fesyen) dan tetamu khas pada TV1 Generasi Y.
HEBATNYA… APA LAGI SUPER TAILOR Bagi?
SERIUS !! Ada Banyak Kelebihan Anda SERTAI SUPERTAILOR.

Lifetime Group Support Yang Menyokong Anda Seumur Hidup!!

Ulangkaji di Facebook Dengan Lebih 10,000 Tontotan!!

Bantuan Kejayaan Perniagaan Bersama Lebih 1000 ALUMNI

Buku SuperTailor Bernilai RM 104 Secara PERCUMA
Tidak Hairan Lah Jika Ramai Sekali Usahawan SuperTailor BERJAYA dan KAYA!
ANDA LEBIH YAKIN SELEPAS LIHAT TESTIMONI KEJAYAAN ALUMNI KAMI INI..
Dari Setinggan Ke Rumah Banglo..
"Perniagaan Kedai Jahit Saya Bermula Dari Rumah, kini telah memiliki Butik Sendiri. Terima Kasih Cikgu Awie Manik & Cikgu Hafiz." - Suzana, Terengganu.
Rezeki Suri Rumah Anak 8..
"Saya telah menjahit selama bertahun-tahun tetapi nampaknya rezeki hanya tahap suam-suam kuku. Bidang jahitan dilihat terlalu sukar untuk dapat pendapatan yang selesa. Bukannya saya tak suka menjahit tetapi taraf hidup yang meningkat, bilangan anak yang ramai di samping tempahan yang semakin kurang buat saya hampir putus asa. Tetapi cahaya telah mula menerangi setelah saya sertai kelas Super Tailor di Seri Kembangan di bawah Awie Manik dan Hafiz CuteCarry." - Puan Anis A’bidah
SILA PILIH SEMINAR, LOKASI, TARIKH & TEMPAH
TEMPAT DUDUK ADALAH TERHAD!!
10 PESERTA BERTUAH LAYAK MENERIMA HADIAH MISTERI DARI SUPERTAILOR

BERTINDAK DAN DAFTAR SEGERA! JANGAN TUNGGU ESOK…
Invoice Dikirim Selepas Buat Tempahan. Dan Resit Dikirim Selepas Bayaran DISAHKAN.
Hakcipta Terpelihara 2017-2020 - www.SuperTailor.com.my | Developed With Love By C O A C H Z U L